top of page

Hama Cili Hibrid (F1)

Pengamatan rutin sangat penting dilakukan dalam menentukan langkah pencegahan dan pengendalian hama penyakit. Jika terjadi serangan ringan, segera basmi dengan cara mematikan hama, memusnahkan tanaman yang terserang dan melakukan penyeburan dengan pestisid sayuran. Pengendalian dengan pestisid kimia dilakukan apabila tahap serangan hama dan penyakit sudah melalui ambang ekonomi. Maknanya, tahap serangan dan populasi hama dan penyakit berpotensi menyebabkan kerosakan yang merugikan. Justeru itu, berikut merupakan hama yang perlu dicegah dan dikawal sekiranya anda seorang penanam Cili Hibrid (F1);




Hama

a. Lalat Buah (Bactrocera Dorsalis)

b. Ulat Pengorek Buah (Helicoverpa Armigera)

c. Ulat Ratus (Spodoptera Litura)

d. Ulat Daun

e. Kutu Putih (Pseudococcus sp.)

f. Kutu Daun (Myzus Persicae)

g . Semut

h. Belalang

i. Kutu Trips (Thirps Parvispinus)

j. Tungau

k. Nematod Bintil Akar (Meloidogyne sp,)


Kesemua hama yang telah dinyatakan di atas adalah penyebab utama cili tidak tumbuh dengan maksimum menyebabkan pengusaha rugi. Namun harus diingatkan bahawa hama dan penyakit cili adalah satu komponen yang berbeza dan masing-masing memiliki cara pengendalian yang berbeza.



Comments


bottom of page