Inovasi Aquaponik
- paradise fertigaton

- May 16, 2019
- 1 min read
Updated: Aug 25, 2019

Aquaponik atau aquaponic (English) adalah penanaman yang berasaskan integrasi daripada penanaman hydroponik dan fertigasi. Namun apa bezanya Aquaponik, Hydroponik dan Fertigasi?
Baiklah, hari ini admin ingin berkongsi sedikit perbezaan kesemua penanaman moden ini. Pertama sekali kita masuk bahagian Fertigasi. Fertigasi adalah menggunakan sistem penanaman yang sistematik bermula dari penyediaan penanaman sehingalah ke sistem pengairan. Kenapa macam tu? Untuk pemahaman yang lebih mudah, fertigasi tidak menggunakan sebarang tanah dan menggunakan baja yang khusus (Baja AB).

Hydroponik pula adalah penanaman berasakan air dengan mengandungi baja yang terlarut dalam air. Apa baja yang diperlukan penanaman hydroponik ini?. Mudah sahaja, kita cuma menggunakan baja yang digunakan dalam penanaman Fertigasi iaitu baja AB. Mudah kan?
Aquaponik. Apakah benda ni? Baiklah, inilah topik sebenar yang admin ingin kongsikan. Aquaponik adalah penanaman secara semula jadi (pendapat admin) dengan memelihara ikan. Ia juga semula jadi kerana penanaman ini tidak menggunakan sebarang baja fertigasi mahupun baja hydroponik. Jadi macam mana sayur boleh besar kalu tiada baja?
Jawapannya, dari sisa buangan najis ikan je. Najis ikan mengandungi unsur-unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan sayuran. Justeru itu, kita tidak perlulah membuang duit untuk membeli baja AB yang mahal tu.
Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan d ruangan komen yang disediakan.
Comments